Home / POLISI FORENSIK
POLISI OPERASI JABATAN UNIT PERUBATAN FORENSIK HOSPITAL LUNDU
1. PENGENALAN: 1.1 Unit Perubatan Forensik merupakan satu unit yang baru ditubuhkan di Hospital Lundu. Sebelum ini ianya lebih dikenali sebagai Rumah Mayat.Apabila Institut Perubatan Forensik Negara ditubuhkan maka semua hospital diseluruh negara yang mempunyai Rumah Mayat, ditukar kepada Jabatan Perubatan Forensik atau Unit Perubatan Forensik bagi Hospital Daerah.
1.2 Sebelum ini semua rumah mayat adalah dibawah seliaan Jabatan Makmal Perubatan. Pada bulan Mei 2008,segala pengurusan dan pentadbiran Unit Perubatan Forensik telah diserahkan kepada Penolong Pegawai Perubatan di bawah penyeliaan Unit Kecemasan dan Trauma, dimana Penolong Pegawai Perubatan U32 sebagai Penyelia keseluruhannya.Selain itu juga dua orang Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah dilatih khusus dalam pengendalian unit forensik, bagi membantu Penolong Pegawai Perubatan mengurus dan mentadbir Unit Forensik.
2. LOKASI: 2.1 Unit Perubatan Forensik ini ditempatkan di satu bangunan yang berukuran 13 kaki lebar dan 16 kaki panjang, dibahagian belakang Hospital Lundu dan boleh dihubungi terus ke jalan raya utama.
3. KEMUDAHAN: 3.1 Unit Forensik Hospital Lundu mempunyai satu (1) unit peti sejuk, dengan dua kompartmen untuk menyimpan mayat. Satu meja pembedahan mayat. Setakat ini tiada pengasingan untuk mayat orang beragama Islam dan mayat orang bukan beragama Islam.
4. OBJEKTIF UNIT PERUBATAN FORENSIK: 4.1. Urusan menuntut jenazah dikendalikan dalam masa 24 Jam selepas dimasukan ke unit ini untuk penyimpanan. Kecuali kes-kes bermasalah atau kes-kes perundangan. 4.2. Sijil kematian akan dikeluarkan mengikut tarikh temujanji dengan pegawai perubatan yang mengendalikan kes atau pegawai perubatan yang di pertanggungjawabkan. 4.3. Menerima mayat dari jabatan pesakit dalam, jabatan pesakit luar atau kes kematian sebelum sampai ke unit kecemasan dan truma (bid). 4.4. Mengeluarkan mayat dari kompartment peti sejuk untuk tuntutan pewaris 4.5. Pengecaman mayat oleh waris terdekat. 4.6. Membantu dalam melakukan bedah siasat. 4.7. Menghantar dan menyerah spesimen ke makmal patologi atau kepada pihak polis untuk jabatan kimia. 4.8. Membantu pegawai perubatan dalam proses dokumentasi untuk dimajukan kepada unit rekod perubatan.
5. SKOP PERKHIDMATAN 5.1. Menerima mayat daripada jabatan pesakit dalam dan luar, atau daripada pihak polis mengikut prosidur yang telah ditetapkan.
5.2. Memberi perkhidmatan penyerahan mayat kepada waris yang menuntut, dalam kes-kes perundangan atau kes bermasalah. 5.3. Menyerahkan sijil tunjuk sebab kematian oleh pegawai perubatan kepada waris untuk memohon sijil kematian di jabatan pendaftaran negara. 5.4. Menjalankan pemeriksaan bedah siasat medikolegal mengikut prosidur tertentu selepas surat pemohonan pihak polis (pol.61) diterima. 5.5. Memberi bantuan pemeriksaan klinikal forensik dengan segera setelah menerima surat (pol.59) daripada pihakpolis 5.6. Menyiapkan laporan bedah siasat perubatan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh pemohonan diterima ,melainkan bagi kes-kes bermasalah. 5.7. Pergi ke tempat kejadian apabila diperlukan oleh pihak polis, mengikut posidur penyiasatan.
6. ORGANISASI:
Unit perubatan forensik diuruskan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan dan dibantu oleh dua orang Pembantu Perawatan Kesihatan, yang bertanggung jawabkan kepada pengarah Hospital Lundu.
7. SENARAI TUGAS ANGGOTA DI UNIT PERUBATAN FORENSIK
7.1 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29: 7.1.1. Penerimaan mayat daripada unit kecemasan dan trauma, jabatan pesakit dalam dan pihak polis dalam kes perundangan 7.1.2. Mendaftar kematian dalam buku daftar kematian 7.1.3. Memasang kad tanda nama kepada mayat yang disimpan dalam peti sejuk. Mengikut kes-kes tertentu. Tag putih kes biasa, tag merah bagi kes medikolegal, dan biohazard bagi kes berisiko tinggi jangkitan. 7.1.4. Menolong dalam membuat bedah siasat seperti mengambil sampel darah, tisu badan, air kencing dan juga sum-sum tulang dimana diperlukan untuk siasatan lanjut jabatan kimia, kuching atau makmal perubatan pusat, kuching. 7.1.5. Memaklumkan kematian akibat penyakit berjangkit seperti hiv, cholera dan penyakit berjangkit lain kepada pegawai kesihatan daerah dan bahagian untuk tindakan lanjutan. 7.1.6. Merekod semua harta yang bernilai yang terdapat pada simati ke dalam borang yang khas dan menyimpannya di tempat yang selamat sebelum di serahkan kepada waris. 7.1.7. Membantu pegawai perubatan membuat laporan bedah siasat ( biopsy report ) dan diserahkan kepada pegawai rekod. 7.1.8. Merekod semua sampel dan spesimen seperti darah, kencing, muntah, kandungan perut dan sebagainya, yang diambil oleh pihak polis. 7.1.9. Mempastikan kebersihan unit forensik samada di dalam atau di luar bangunan dan melaporkan kerosakan dengan segera untuk diperbaiki. 7.1.10. Mempastikan keselamatan rumah mayat dan melaporkan dengan segera sekiranya disyaki ada pencerobohan.
7.2 PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U3: 7.2.1. Membantu pegawai perubatan membuat bedah siasat. 7.2.2. Menjahit semula mayat yang telah dibedah sebelum diserahkan kepada waris untuk dikebumikan. 7.2.3. Mencuci dan membersihkan peralatan bedah siasat selepas digunakan untuk disimpan ditempat yang selamat. 7.2.4. Mempastikan kebersihan rumah mayat selepas bedah siasat . 7.2.5. Membantu dalam urusan dokumentasi dan rekod. 7.2.6. Melebel mayat mengikut kes dan disimpan ke dalam peti sejuk. 7.2.7. Mengeluarkan mayat yang dituntut pewaris. 7.2.8. Mempastikan rumah mayat dalam keadaan yang bersih dan selamat.
8. PERKHIDMATAN KERETA JENAZAH 8.1 Terdapat satu van yang khas untuk perkhidmatan kereta jenazah. Tidak ada pemandu yang khusus untuk perkhidmatan kereta jenazah. Pemandu ambulan yang bertugas akan memandu kereta ini apa bila perkhidmatan ini di perlukan. Perkhidmatan ini cuma untuk sekitar daerah lundu 8.2 Kadar bayaran perkidmatan kereta jenazah bergantung kepada jarak penghantaran jenazah diperlukan. Satu perjalanan mengambil kira pergi dan balik. Rm 10.00 caj ke atas 30 km pertama Rm 0.35 caj bagi setiap km seterusnya
9. PERANCANGAN UNIT PERUBATAN FORENSIK 9.1. Penambah besaran unit perubatan forensik masa hadapan dengan menambah ruang dari pada 13 kaki lebar dan 16 kaki panjang kepada 16 kaki lebar dan 30 kaki panjang. Meliputi ruang menunggu. 9.2. Mengasingkan tempat menyimpan mayat orang beragama Islam dan mayat orang bukan beragama islam, untuk itu memerlukan dua buah peti sejuk untukmenyimpan mayat, 9.3. Mendapat alat bedah siasat yang lengkap. 9.4. Menghantar penolong pegawai perubatan untuk mengikuti kursus pos basik forensik.
10. PROSIDUR MENUNTUT MAYAT: (A) KES PERUDANGAN / MEDIKOLEGAL. 1. Semua mayat kes medikolegal di kehendaki menjalani pemeriksaan bedah siasat setelah arahan bertulis daripada pihak polis atau majistret dikeluarkan. 2. Selepas bedah siasat dilakukan pihak waris diminta untuk mengecam semula mayat. 3. Pihak polis menandatangani surat pelepasan mayat setelah selesai bedah siasat, untuk urusan penyerahan mayat. 4. Pihak waris diminta untuk mengisi dan menandatangani borang tuntutan mayat. Pengenalan diri waris harus ditunjukkan semasa urusan penyerahan mayat. 5. Mayat akan diserahkan dengan percuma.
(B) KES BIASA. 1. Mayat yang disimpan sementara untuk dituntut Kemudian boleh diserahkan pada bila-bila masa. 2. Mayat boleh dituntut oleh waris terdekat sahaja, mengikut hiraki yang ditetapkan seperti suami / isteri,bapa /ibu, anak, adik beradik dan seterusnya. 3. Waris mengecam mayat bersama anggota bertugas di unit forensik. 4. Pihak waris diminta untuk mengisi dan menandatangani borang tuntutanmayat. Pengenalan diri waris harus ditunjukkan semasa urusan penyerahan mayat. 5. Mayat akan diserahkan dengan percuma.
NOTA: Semua urusan mayat selain daripada prosidur di atas adalah urusan peribadi mengikut adat atau agama masing-masing. Pihak hospital lundu tidak terikat kepada lain-lain peraturan selepas penyerahan mayat. Perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut tidak di sediakan: 1. Pengurusan jenazah 2. Mandi dan kapan jenazah 3. Pengenetan(embalming) 4. Solekan mayat (mortification) 5. Penyediaan keranda | ||||